Rabu, 25 Mei 2011

Kru Statistik MSSM 2011

SalamX..!

Setelah hampir 2 bulan ngadap coding, ngadap sms, ngadap haru biru server… nie le masanya dapat lelapkan mata sikit. MSSM 2011 hampir tamat. Segala-galanya nampak tenang bila time aku nulis nie (Hari Akhir MSSM 2011), semua urusan dah settle, cuma mungkin ader le keje sesikit nak up malam karang terutamanya gambar majlis penutupan dan video sesikit. Lepas tu segalanya berakhir la kot rasanya….

Sepanjang menjadi salah seorang pembangun laman MSSM kali nie, ramai gak le memember lama yang aku jumpa. Berbagai peringkat jawatan dalam pengendalian MSSM 2011. Para pegawai di peringkat JPN, BTPN, BTPpun dah mula aku kenal seorang demi seorang. Tapi yang lebih rapat adalah di antara kami iaitu pembangun sistem laman MSSM itu sendiri.

Owh~! Ye..! Sebelum aku lupa, di sini aku ingin memperkenalkan kru statistik yang sekali join resah kesah ngan aku di sini. Mungkin kau orang dah sedia maklum atau kenal, tapi bagi aku… sepanjang perjumpaan nie, banyak gak le kenangan pahit manis yang kami sama-sama tempuhi dan secara tak langsung lebih mengenali di antara satu sama lain dengan lebih dekat.

Ok… yg pertama adalah orang kuat kita iaitu Tn. Hj. Mohamad Fadzli B Tarmiji, selaku Ketua Sektor Teknologi Maklumat, JPN Perak. First time kenal aku dah terkena pabila Tn. Hj datang dr belakng terus tegur, ‘Mengapa paparan web nie susah nak bace…’, tanpa noleh belakang, terus aku jawab lak tu… ‘Nengok sini mende… nie coding je… nengok kat dia orang sana nuuu…’, Last² baru tahu itu, rupanya yang tegur tadi tu KS ICT JPN Perak…. Huhu… sabor je la…

Haha… yg kedua nie En. Abdul Ghani B Ahmad Mahiyudin (Pegawai Penyelia Teknologi Maklumat), dgn En Ghani nie dah lama aku kenal, sejak memula start ngajar jadi guru. Time tu aku kena ngajar di Perkampungan Org Asli daerah Kuala Kangsar.

En. Ghani nie seingat aku ader gak terlibat dgn dunia ICT nie di PPD Kuala Kangsar. Sebab komputer SK (POS) Kenang memang ditempatkan di bilik En. Ghani dan aku selalu gak berulang-alik ke PPD time tu… Al-maklum le… sekolah pendalaman maner le ader lektrik nak letak komputer lak di sana. Jadi, cikgu-cikgu le kena ulang-alik untuk gunakan kemudahan tersebut. Masa tu tengah hangat dengan Aplikasi Blue Print (1994-1995).

UikK! Yg cun melecun nie lak ‘tokey besar’ kru kami, Pn. Azlyna Zainudin namanye selaku Pegawai Teknologi Maklumat JPN. Aku kenal masa di Penang, time tu aku wakil pegawai PPDLMS bersama Cikgu Nasa untuk Sistem Wrap Joomla. Nie le fist time gak aku kena ikat ngan program² PPD. Masa gie sana aku diam je (takut…aku sorang je budak sekolah), lelain semua yg hadir pegawai² JPN ngan PPD. Jadi takde le aku nak over² diri hehe… lagipun masa tu masih nak sorok status Mr LePaK aku supaya orang tak kenal… bahaya oOoo.

Tak sangka lak sekarang dah jadi satu team, kongsi susah hati… ahekek.! Yg pelik nyer satu je ngan Pn. Azlyna nie, time sms ramah giler tapi bila jumpa berdepan… aku senyap… dia senyap, takde mendepun berborak. Mungkin malu kot, biasale tu.. aku kan ke pemalu. HaAhaa… OMG !

Hai.. Kak Su ! Haa… Kak Su nie best, spoting giler..! Nama kak su Pn. Siti Suryana Hj. Awang selaku Pen. Pegawai Teknologi Maklumat JPN. Aku panggil kak su je, mudah, senang ingat. Apa yg best tentang kak su nie, dia mudah berbincang dan berkongsi idea dan pendapat. Cuma kekadang aku je yang susah paham apa yang dia maksudkan. Lain dia cakap, lain aku faham huhu..!

Tapi, respect la kat kak su, power C++. Sebut sikit je, jadi. Kasi idea sikit je, siap ! Risau giler time memula nengok coding² yg kak su buat. Cuma tak sempat nak ucap mekasih pada kak su di akhir sesi MSSM. Dimaklumkan kak su tak dapat datang sebab kena siapkan beberapa kerje di JPN hari akhir kami di Unit Statistik. Apa² hal pun… kak su The Best !

Hoho..!! Nie org kuat sistem En. Yusnizam Mohamad Salleh bertugas di JPN selaku Pen. Pegawai Teknologi Maklumat gak. Memula jumpa di BTPN, Ipoh.. aku diam je. Tak reti nak sembang, yg aku tahu aku siapkan keje aku, si Yus nie lak siapkan keje dia hingga la aku saje gegatal tangan pi up theme portal statistik dengan niat sesaje seronok (Seawal web MSSM, En. Yusnizam nie le yg buatkan).

Apa yg ader kat web Si Yus, aku akan tiru sebijik² buatkan di theme aku. Tak sangka ‘KS’ berkenan lak kat theme yg aku merepek buat tu sehingga la digunapakai sekarang. Apa yg penting, aku ngan si Yus nie kena sesamer faham bab ‘index’, kalau tidak si Pn. Azlyna tu akan tegur… Cikgu Suhairiiiii….. saper usik index nie…!! Hahahehek… adoi sakit jiwa ngan index. Conflik index je semua nengok muka aku… walaupun sari suntuk aku tak ngadap coding kerne layan ‘Jambu’ ngan ‘Sepah’ di Citra Ria’ huhu sabo je lah…!

Ehem²! Ini salah seorang tokey ‘Sispol’ selaku Pen. Pegawai PPD ICT En. Mohd Shukri Abdullah namanye. Member lama nie, salah sorang mangsa ‘Bom YM’ masa di UPSI dulu hehe..! Dia yg ajak aku join untuk pecah kapla ngadap coding MSSM kali nie. Wlupun dalam masa yang sama aku hampir sakit jiwa ngan Sistem E-Gerak di PPDLMS.

Tapi, sakit jiwa aku takde le semacam sakit jiwa si En. Shukri nie semasa ‘berkhemah’ di BTPN. Fetch…fetch…fecth… takde dah keje lain. Susah nak ckp la… kau org join kita orang baru tau maksud ‘fecth’ tu. Adoi… aku tak pakai robox oieeee….!!

Huhu… si Rambo atau nama sebenar En. Rahim B Omar. Cikgu sekolah cam aku gak, tapi di Tapah sana nu Hamid Khan. Member gak nie time sesamer buat Ijazah iT di U dulu. Kat sini baru haru biru sekapla. Sepanjang MSSM berlangsung, aku ngan dia kena tambah satu ‘bahana’ lagik. Galeri… aku pindahkan ke host sekolah dia. Jadi pepehal yg jahanam di Galeri, lingkup gak le satu web sekolah dia di Tapah sana nu… hehe..!

Asyik si Shukri dok ‘fetch’, kami pulak dok layan jiwa, melutut ngan pihak host SMKHK sebab cpanel kena ‘Gam’ akibat virus malware yg dikirim sekali bersama gambar oleh pihak media. Sib baik le si admin hosting SMKHK baik hati bukakan laluan server sehingga penamat MSSM. Kalau tidak… bertambah sakit jiwa OOoooo.. kau org apa tau.. kan Rahim kan… kan kan kan…! Eh..! Bila nak transfer semula ke host MSSM..?! aku gak tu nak kena ngadap nnt… isk isk!!

Ya… ‘Sifoo Statistik’ sudah marie…! Cikgu Deen atau nama sebenar En Saharudin Abdullah. Ckg Deen nie otak statistik, aku kenal dia masa kami sesame duduk serumah di Taman Siswa UUM dulu. Bukan senang nak gabung 3-4 table untuk join data oie… parah jiwa raga times tu. Tapi kalau serah kat Ckg Deen je, semua settle wlupun siap dekat² Majlis Penutup MSSM huhu !

Gua respect giler la samer lu… pening gak kepala aku nak memikir kaedah join ‘Array’ yg Ckg Deen nie pakai untuk papar data. Owh~! ye… Ckg Deen nie salah seorg kru Sispol/SisPA, sama gak le si Rambo atas tu, jadi ke mana² yg kami ber-4 pegi, ini lah dia ‘Bebudak SisPA’….

Photo Finish MSSM… nie le tuan yg kendalikan Photo Finish di statistik MSSM, Pn. Wan Syatirah Abdullah Suhaimi (Pegawai ICT JPN). Timbul gak kontroversi bila Teknikal Kehakiman Sukan risau bab photo finish yg ader di sistem web. HahaHa… baru kau orang tahu yek, betapa powernye sistem web MSSM kali nie. Tahu takut… sistem takkan berbohongnyer…

Kecoh…kecoh time tu apabila function view photo finish terpaksa di’hidden’kan agar tidak timbul kontroversi oleh pihak kontinjen ke atas setiap keputusan dr penghakiman sukan. Akibat dr dah takde keje nak buat akibat musibah dimatinya fungsi imej photo finish di sistem web pada hari ke-3 kejohanan, si Wan nie guna masa yg ader tu bermekap-mekap letakkan ‘photo finish’ terakhir beliau kat paparan ‘Pembangun Web Statistik MSSM’. Boleh nengok kat sebelah, siap berposing lagik tu. Gambo malam pengantin katenye… Ahkehkee..!!

Cik Noor Ainun Najihah Bt Abd. Muttalib… huhu aku tulis penuh nama dia kali nie, takut dia query balik sebab nama tak lengkap haha..! Cik Noor Ainum nie selaku Networking MSSM. Kat Stadium Perak, Ipoh baru aku kenal cik Ain nie. Tu pasal asyik salah eja name dia je huhu!

Tapi, yg pastinyer… bila dia ader je, mesti kau orang akan dipenuhi kotak² peralatan Networking di kiri kanan tempat duduk kau orang. Jangan marah yek… Hee…!

Emm… nie J/K Pertandingan Saudara En. Wan Kamarulzaman Wan Kamaruddin. Statistik Pengiraan Sistem MSSM nie semua dari nasihat dan ikutcara dari En. Wan. Jadi kami selaku pembangun sistem main ikut je la, apa nak buat, kalau kami nak merepek sendiri rasanya habis bungkus sistem jadinyer… siap Hepta.. Metha… Hetlon.. London semua ader. Sakit jiwa gak sistem bersukan nie yek..!!

‘Tuan puan jangan risau… portal MSSM nie gimik je semata-mata, permarkahan yg betul kita guna si Shan (Tokey Sistem Excels - Sistem MSSM 6 tahun sebelum) punya …’, kata si En Wan nie kpd semua moderator statistik bila web ader berlaku conflic pada hari pertama kejohanan. Adoi… sakit kapla hotak gak dengar time tu huhu… sabo… sabo… ader yg terjun tiruk depan trek balapan kang dari tingkap bilik statistik nie… Huhu…!!

Oh ye.. last sekali nie aku. Takde mendepun. Aku nie tukang nyebok je… bak kata Pengetua SMKTM, ‘…sepanjang 4 tahun saya di sini, tiada satupun bidang yang diceburi oleh Cikgu Suhairi dalam Bidang ICT…‘. Jadi, untuk Sistem Online MSSM 2011 nie… aku pegi sana tido je, bangun tido cari makan… lepas je makan, aku layan Jambu ngan Sepah kat Megavideo…

Jiwa Kacau. Tup..tup last sekali sampai sms puaka, ‘Cikgu Suhairi ader kacau index ke……?!!‘, dr Pn. Azlyna.

p/s Apa²pun, syabas Kru Statistik MSSM 2011. 10qvm! gak kat kalian semua…!! :-D

Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan