Selasa, 31 Mei 2011

Fenomena ‘Halo’ (Matahari + Pelangi)

SalamX..!!

Jumaat lepas 27 Mei 2011, ramai gak kekawan tertanya² apa sebenarnya yang terjadi kepada Matahari. Akupun susah gak nak jawab time tu, sekadar jadi salah seorg peminat setia kat cahaya matahari gak le tengahari sebelum pegi semayang jumaat.

Desas desus menyatakan fenomena nie berlaku ketika Matahari bebetul terpacak di atas bumbung Ka`abah. Wallahhualam… aku sendiri tak pasti. Cuma sepencarian maklumat, yang aku dapat… fenomena nie dinamakan ‘Halo’ (berasal dari bahasa Yunani kuno: “lingkaran bulan”).

Halo terhasil ketika pembelokan cahaya matahari oleh wap air di atmosfera. Ada ketikanya, wap air akan naik ke paras yang tinggi ke atmosfera. Seperti yang kita sedia maklum, titisan air memiliki kemampuan untuk membelokkan atau membiaskan cahaya. Kejadian ini berlaku hanya ketika matahari bebetul berada tegak mengadap bumi, maka cahaya yang dibelokkan juga kecil. Hal ini menyebabkan kita melihat adanya lingkaran gelap di sekeliling Matahari.
Fenomena Halo nie juga hanya boleh dilihat pada waktu tengahari, sekitar jam 12.00 - 13.00 dan hanya berlaku pada musim hujan.

Tidak dinafikan, fenomena tersebut sungguh mengasyikkan. Di sini, kita diingatkan kembali akan dahsyatnya kuasa Tuhan yang telah menciptakan alam semesta ini. Betapa sederhananya ‘Dia’ ciptakan fenomena ‘ajaib’ seperti ini dan betapa kecilnya manusia yang berusaha menyelami apa yang menyebabkan terjadinya fenomena semacam nie.

p/s Gambar fenomena dirakam dari Blog Cikgu Sidah.

Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan