Ahad, 21 Februari 2016

Kontraktor Penipu (Bhg. 1)

SalamX !!
Tatapan engkorang... ini lah dia Kontraktor Kaki Penipu yang ada di Taiping nie.  Perjanjian awal waktu mula-mula kenal... pergh.... punya la sporting giler. Itu ok, ini ok.... tengok mukapun macam ok. Tapi realitinya, nanti baca lah segala report yang aku sertakan sekali di bawah nie....

Apa-apapun, ini memang khas aku tuju kepada semua penduduk yang ingin membina rumah di daerah Taiping, Kamunting (Terutamanya di Taman Jana, Bukit Jana) dan Simpang Taiping begitu juga kawasan yang berhampiran supaya berwaspada....

Untuk pengetahuan kepada pembaca semua, maklumat yang aku akan papar dan huraikan di bawah nanti semuanya merupakan maklumat yang sama seperti dalam Helaian Report/Aduan Kerosakan Dalam Pembinaan Rumah kepada pihak peguam perumahan unt diambil tindakan mahkamah. Jadi, jika terdapatnya bahasa sastera mahkamah.... faham-faham la ya.... :P

1 - Jenis Kerosakan: Pembinaan Tiang Beam Yang Tidak Mengikut RC Pelan Asal
G1: Sisi beam kanan rumah bahagian luar
G2: Sisi beam kanan rumah bahagian dalam
G3: BEAM tepi yg ditebuk untuk masukkan tingkap
G-3A
G4: Tingkap dan BEAM tidak mengikut plan asal
G5: Beam yang lurus tidak mengikut pelan asal
G6: Pelan Asal Rumah
NOTA:
  • G1: Gambar dari sudut kanan rumah menunjukkan beam yang dibina tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam pelan asal rumah.
  • G2: Gambar beam dalam pandangan bahagian dalam rumah.
  • G3: Menunjukkan beam tepi yang ditepuk untuk memasukkan tingkap. Beam yang dibina tidak berada dalam kedudukan yang sebenar menyebabkan beam tersebut terpaksa ditepuk untuk memasukkan tingkap. Sila lihat kedudukan beam yang sebenar pada gambar G6 di atas. Beam asal sebenarnya berbentuk melengkung ke atas dan bukannya lurus.
  • G4 dan G5: Pandangan dari bahagian dalam rumah setelah beam ditebuk.
  • G6: Pelan asal rumah. 
  • Bebanan bumbung diletakkan pada dinding kerana beam yang diubahsuai tidak lagi berperanan menampung berat bumbung kerana telah berubah struktur pembinaan beam asal. 

2 - Jenis Kerosakan: Perbincangan Awal Lebihan Tiang Beam

G7: Perbincangan kedudukan tangga
G8: Paras tangga
G9: Memberitahu lebihan tiang pembinaan
G10: Memberitahu lebihan tiang pembinaan
G11: Hanya 1 tiang dibuang di bahagian tangga

G12: Tiada tiang dalam pelan asal rumah
NOTA: 

  • G7, G8, G9 dan G10: Membincang berkaitan lebihan tiang yang dibina oleh pihak kontruktor. 
  • G11: Setelah pembinaan seterusnya, pihak kontraktor hanya membuang 1 tiang di bahagian tangga dan mengabaikan tiang yang selebihnya tanpa sebarang penjelasan. 
  • G12: Pelan menunjukkan tiada tiang di bahagian tersebut. 
  • Pihak kontruktor juga berjanji akan membuang tiang tersebut setelah selesai pembinaan. 
  • Setelah diminta untuk membuang tiang tersebut apabila pembinaan di bahagian atas siap, pihak kontruktor menyatakan bahawa ia memerlukan tandatangan tuan rumah dalam perjanjian bahawa setiap kerosakan yang berlaku setelah tiang dibuang adalah tangungjawab tuan rumah.
    • – Ini merupakan satu kes penipuan kontraktor
3 - Jenis Kerosakan: Lebihan Tiang Yang Tiada Dalam Pelan Asal

G13: Kelihatan lebihan tiang dlm pembinaan
G14: Lebihan tiang di tengah beam
G15: Kedudukan lebihan tiang yg tiada dlm pelan
G16: Lebihan tiang yang tiada dalam pelan asal
NOTA:

  • G13: Lebihan tiang yang telah dimaklumkan sewaktu awal binaan. 
  • G14: Gambaran memperlihatkan bahawa tiadanya beam seperti di dalam pelan. Beam kelihatan lurus dan tidak melengkung yang sepatutnya dibina. 
  • G15: Gambaran awal lebihan tiang di tapak pembinaan yang perlu dipotong oleh kontruktor. 
  • G16: Tiang di bahagian bawah tangga tidak dibuang sehingga 60% pembinaan rumah. Sila rujuk Gambar G12, sebenarnya tiada lokasi tiang di kawasan tersebut.
4 - Jenis Kerosakan: Pembinaan Tiang Beam Yang Tidak Mengikut RC Pelan (Kanan)

G17: Pandangan Sisi Kanan (Beam yg lurus)
G18: Pandangan Sisi Hadapan (Beam yg lurus)
G19: Pandangan Sisi Kanan (Beam yang lurus)
G20: Pelan Asal (Beam Tidak Ikut Pelan)
NOTA: 
  • G17: Pandangan sisi kanan rumah dari hadapan. Kelihatan jelas Beam yang dibina tidak mengikut pelan yang telah disahkan oleh pihak Majlis Perbandaran taiping (MPT). 
  • G18: Pandangan dari sudut hadapan rumah, kelihatan beam tidak mengikut RC pelan. 
  • G19: Setiap penjuru beam tidak mengikut pelan asal dan RC Pelan yang telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Taiping.
  • Kontrator Yeong Wai Pheng telah datang berjumpa saya menyatakan setiap tingkap tidak boleh dipasang mengikut pelan dan tidak boleh disesuaikan seperti kehendak tuan rumah berdasarkan pelan. Beliau menyatakan bahawa pandangan dari RC Pelan tidak boleh di samakan dengan keadaan sebenar. Tetapi, apabila saya mengeluarkan Pelan dan Fail berbentuk 3D rumah yang telah siap, beliau kelihatan gugup dan pada keesokan harinya, beliau telah menampal simen di semua bahagian beam dgn simen untuk menutup segala kesilapannya dari pandangan mata. Beliau juga telah cuba menipu menyatakan bahawa itu adalah persetujuan dari pihak pemasangan elektrik, sedangkan apabila saya menghubungi bahagian elektrik, jawapan yang saya terima adalah sebaliknya. Pihak wayering sendiri kesal kerana dinding sudah bersimen di semua tempat sedangkan kerja pemasangan wayering belum pun dibuat. Ini merupakan satu lagi cubaan menipu yang cuba dilakukan oleh pihak kontraktor.
  • Pihak wayering terpaksa menebuk di semua bahagian rumah unt memasang plug dan juga aircond selepas tindakan kontraktor menampal simen di semua bahagian dinding. Kos pemassangan paip aircond meningkat.

Maklumat Kontraktor Penipu:

Yeong Wai Pheng (No. K/P 580311-08-6205)
T/A Uniwell Construction (No. IP 0071192-P)
No. 101, Jalan Tupai, 34000, Taiping Perak Darul Ridzuan

Rujukan Khas:
1 - Uniwel Construction Taiping Kontraktor Penipu (Bhg. 1)
2 - Uniwel Construction Taiping Kontraktor Penipu (Bhg. 2)
3 - Uniwel Construction Taiping Kontraktor Penipu (Bhg. 3)
4 - Uniwel Construction Taiping Kontraktor Penipu (Bhg. 4)
5 - Uniwel Construction Taiping Kontraktor Penipu (Bhg. 5)
Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan