Selasa, 23 Januari 2007

Kali Pertama Jejak mIRC

SalamX..!!

Kali nie aku nak imbas kembali zaman aku muda-muda dulu. Waktu tu internet nie kira masih baru la buat anak-anak melayu sezaman dengan aku. Kalau tak silap awal tahun 90an gitu.

Apa citer yang menariknya? 

Ok… masa tu kalau kat umah tu sorry le memang takdepun komputer atau seangkatan dengannya. Kalau aderpun boleh dianggap orang tu mewah la. Jadi Cyber Cafe le tempat bertandang… itupun 2, 3 kerat je yang ader. Tapi nak citer sebenarnya aku bukannya penah main internet kat Cyber Cafe pun.

Aku kenal mIRC (Internet Relay Chat) nie masa aku ikut sorang member sekolah (Cikgu satu sekolah OA) aku, kebetulan member dia yang buka CC tu (Tokey Kedai). Masa kat CC tu kawan aku nie dapat free je bukak komputer untuk masuk internet. Akupun jengok-jengok la sekali (takat dok sebelah je.. hehe…). Dan waktu tu la kali pertama aku tengok orang taip dalam komputer berhubung dgn orang tempat lain menggunakan mIRC.

Walaupun masa tu aku tukang tengok je dan sekali tu pulak tu…. tapi keinginan aku nak berchatting jugak macam kawan aku tetap membara. Semua situasi keseronokan bercit-cat tu aku simpan sehingga lah aku pasang internet sendiri di rumah selepas 2 tahun dari peristiwa yang aku citerkan kat atas.

Sekarang, Dunia Internet nie dah jadi ‘mangli’ dah buat aku. Apa taknya… semua aku try cekup hingga dari buat coding mIRC merepek-repek sampai la aku bukak laman-laman web berjenama Geocities, CJB.net dan sebagainya sehingga la sekarang.


Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan