Selasa, 23 Januari 2007

Cara Pasang Buku Tetamu - WordPress

SalamX..!!
Sebuah laman web atau portal komuniti pasti memerlukan suatu fungsi di mana ia memerlukan para pengunjung untuk memberikan idea, berkongsi pendapat atau menukar pandangan dan seumpamanya. Aku juga terasa peranan Buku Tetamu atau Guestbook amat perlu bagi memenuhi permintaan di atas. Jadi, kali nie kita akan bersama-sama melihat cara bagaimana sudut Buku Tetamu diwujudkan dalam WordPress.
Sebelum kita meneruskan tutorial nie, cuba kita rujuk beberapa kemudahan yang perlu ada untuk membuat fungsi Buku Tamu nie.

Kemudahan dan peralatan yang kita perlukan:
  •     Ftp (File Transfer Protocol) - Wajib
  •     Access Admin WordPress
  •     Pengetahuan sedikit Coding HTML
  •     Variables PhP (Tahu serba sedikitpun takpe)
Emm.. Kalau dah lengkap semua ilmu nie di dada… mari kita mulakan langkah.

Pertama:

Benda pertama yang kita kena buat ialah jengok sekejap dekat folder themes WordPress dan cuba cari fail yang bernama single.php.
Kedua:

Kita salin (copy) fail single.php ini terdahulu dan tampalkan (paste) dekat mana-mana folder dahulu (sementara). Seterusnya kita rename fail single.php tersebut kepada guestbook.php. Kemudian masukkan fail guestbook.php tu ke dalam folder themes semula.
Letakkan fail tersebut di folder themes

Ketiga:

Langkah seterusnya kita perlu edit sedikit fail guestbook.php tersebut. Sila buka fail guestbook.php tersebut dengan Notepad atau Text Editor kegemaran dan cari code seperti berikut:
    
    
Atas code di atas kita masukkan:
    
    
Keempat:

Save dan kita upload fail guestbook.php tadi ke folder themes yang kita guna.

Kelima:

Masuk ke Admin WordPress-> Klik ke “Write” -> Write Page. (Lihat gambar)

Masukkan Page Titile mengikut citarasa kita.

Keenam:

Lihat pula di sebelah blok kanan kita akan nampak Pilihan Page Template-> Guestbook.

Akhir Sekali:

Save dan Public page yang kita buat nie… lihat page yang kita kirimkan tadi, mesti tersedia fungsi submit guestbook kat situ.


p/s Ini hanya data backup.


Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan