Isnin, 25 Julai 2011

Sepanjang Kerjaya… “Aku Sebagai Guru Tiada Kelas”

SalamX..!!

Haaha… sori kawan, aku tahu apa yang aku nak citer nanti adalah isu yang paling sensitif. Paling segan nak dikongsi. Susah nak luahkan, tapi memandangkan blog nie merupakan ‘Diari Online’ aku, aku beranggapan tak kisah la apa kau orang nak pikir.

Sekurang²nya, apa yang aku nak tulis nanti menjadi kenangan sepanjang kerjaya aku selaku seorang guru.

Teragak² juga nak menulis, takut ada yang kata ‘Hidung tak mancung, pipi tersorong²’. Ada pulak yang kata memacam nanti. Tapi… lantak la kot, aku mana ader diari berbentuk buku nak tulis dalam tu, lepas tu sorot bawah bantal taknak kasi orang baca. Dah tahu taknak orang baca, pi tulis diari saper suruh… ye tak? Hehe… sabor je la… :-|

Sifat malu terpaksa aku tolak tepi buat masa nie, sifat nakkan simpati dari kau orang, langsung takde dalam niat aku untuk menulis kisah nie. Just hanya sebagai memori sepanjang kerjaya. Dah nak masuk 2 dekat aku jadi guru, sejak 1994. Jadi, nak simpan memori khas, mungkin boleh jadi komik al-kisah aku di waktu sunyi nanti. InsyaAllah…!!

Kisah yang aku nak citer nie adalah berkaitan dengan ‘Anugerah Guru’. Selok belok aku berhadapan dengan kata hikmat nie, tak kiralah dalam bentuk sijil atau sebagainya. Cuma aku nak senaraikan, apa yang berlaku aku dan ‘Anugerah’ nie.

Aku & Kerjaya 1994-1996:

Masa nie aku di SK (POS) Kenang. Sekolah perkampungan orang asli. Selaku Guru Pusat Sumber di sekolah. Tak lama, aku diarahkan bertugas di SK Lasah selaku Guru Pembimbing Muzik. Jadi, takde kenangan tentang ‘Anugerah’ sepanjang ngajar di sini.

Aku & Kerjaya 1996-1999:

Ketika di SK Lasah, Sg Siput (U). Aku dilantik selaku Guru Data, sesambil ditugas mengendalikan muzik di sekolah nie. Jadi, dua² tugas aku pikul.

Sejak berstatus jadi Guru Data, boleh dikatakan semua dokumentasi di sekolah nie aku uruskan, sehingga la bukukan tugas² induk pentadbiran dan buku tugasan guru² aku sediakan.

Guru Besar cukup sayang kat aku time tu, tambahan lak aku ader buka ‘kebun hijau’ ketika ngajar KH di sekolah dengan bantuan ibu bapa kat situ. Sayang tak sayang la… hinggakan Guru Besar sanggup kasi duit poket kat aku untuk bukakan lagi satu projek iaitu ‘Hidroponik’ kat sekolah tu.

Mungkin kerana aku aktif time tu, siap ngan Muzik Pancaragam dan Orkestra Sekolahnya, siap dengan Kebun Hidroponiknya… sekali gak dengan tugasan Guru Datanya, aku tercalon sebagai guru yang akan mendapat keputusan ‘Melintang’ ketika tu. Al-maklum le.. pegawai PPD Kuala Kangsar yg memantau sekolah puji giler hasil kebun aku time tu. Semua nie di bawah Pn. Zaitun (Guru Besar SK Lasah).

Tapi, malang le… sebab kouta yang patut dapat ‘Anugerah’ time tu diberikan pada orang pejabat (kerani). Aisyeh… berkebil-kebil mata guru besar bila dapat tahu hal tu. Siap guru besar minta maaf kat aku. Aku tediam gak la… apa nak buat takde rezeki… huhu..!!

Aku & Kerjaya 2000-2005:

Masa nie aku di SK Lintang, Sg Siput (U). Aku dipindahkan ke sekolah nie setelah aku membatalkan pertukaran aku ke kampung akhir tahun 1999. Mana taknya… tempat bertugas aku ngan isteri PKG yg berasingan walaupun ngajar di kampung, jauh tu antara satu sama lain, seorang utara dan seorang selatan. Time tu pulak aku yg kena ngantar isteri ke sekolah sebab dia takde lesen memandu. Tu pasal aku batalkan pertukaran, last sekali dapat sekolah nie.

Di sekolah nie aku dilantik selaku Guru Pusat Sumber. Memandangkan guru PSS takde masa tu. Aku offerkan diri le nak jadi. Guru Besar masa nie ialah Pn. Arbi (Sekarang guru besar di salah sebuah sk di Ipoh).

Berbekalkan ilmu iT yg setitik di laut yg aku ader, aku cuba buat perubahan besar pada PSS tersebut. Mana idaknya, time aku ambil alih PSS tu, sebuah bukupun takde lagi maklumat pengkelasan atau direkodkan dalam buku pengkelasan masa tu. Adoi… sakit jiwa gak.

4 - 5 ribu buku aku balut, siapkan sekali rekod pengkelasan. Bina satu sudut khas untuk ‘Siaraya’, lukis mural dan hias segala macam dalam PSS tu dengan ukiran komputer. Hehe… lantak le, cara tu je aku mampu. Termasuk le jadi tukang repair komputer yg lingkup² kat sek nie.

Yg paling ceria aku buat di PSS nie ialah ‘Sistem Pinjaman Dan Pengkelasan Buku‘ dengan aplikasi Access. Wah~! Ini le detik paling manis dalam kerjaya aku di sekolah nie. PSS dari sebuah gudang dan naik taraf ke sebuah PSS rujukan peringkat daerah. Ramai gak guru² PSS di sekolah lain datang ke sekolah aku untuk dapatkan nasihat itu dan ini tentang PSS, termasuk lah cara² menyediakan Fail Kuasa PSS aku yg menjadi rujukan satu daerah. Malah yg lebih best lagi, pihak JPN sendiri turun sekolah aku untuk dapatkan aplikasi yang aku bina tu.

3 tahun berturut² PSS sekolah aku dapat ‘Anugerah PSS Luar Bandar Terbaik‘. Oleh kerana nak tambah pengetahuan aku dalam bidang ICT, aku ambil keputusan untuk sambung belajar ke Kursus ICT KDP 14 Minggu di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh. Jadi, tempat selaku Guru PSS aku diambilalih oleh seorang guru perempuan (Cikgu Bafitaoh) guru baru.

Tapi… malang sekali lagi hehe… ketika aku berada di pusat pengajian, ‘Anugerah Guru Cemerlang’ ditabalkan kepada guru baru yang menggantikan tempat aku selaku guru PSS di sekolah, kerana Kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah selama 3 tahun berturut². 14 minggu je aku takde… tetiba orang yg ambil alih yg dapat… Akhir tahun, cikgu tupun berpindah ikut suami ke Kedah. Huhu… tak haru ke….!!

Akhirnya aku ambil keputusan untuk terus sambung belajar, Ijazah Teknologi Maklumat Dan Komunikasi di Jitra/UPSI selama 3 tahun.

Aku & Kerjaya 2002-2005:

Berkisar sepanjang pengajian aku, aku mula berjinak dengan Online Sistem. Walaupun takde subjek nie di universiti tapi disebabkan minat, aku mula meneroka bidang PHP dalam internet. CMS berbentuk portal jadi pilihan. Hari² aku ngadap PHP hinggalah aku dapat menghasilkan Portal Komuniti Aliran Pemikiran Pendidik Malaysia pada tahun 2004.

Dipendekkan cerita, suatu hari rakan aku dari kampung menghubungi aku. Teringin nak buatkan Portal CMS untuk SK Methodist, Parit Buntar serupa macam MyPendidik.net katanya. Mungkin disebabkan otak yang masih fresh dgn rencah PHP, akupun terima pelawaan beliau.

Disebabkan beliau tak tahu menahu tentang CMS jadi aku le yang belikan ‘domain’ dan ‘hosting’, aku mula membina portal sekolah tersebut. Segala jenis ‘modules’ dan ‘blocks’ yang aku dah bina di MyPendidik, aku masukkan ke portal sekolah rakan aku tu. Pendek kata, aku buatkan portal sekolah member aku tu macam web sekolah aku sendiri je.

Selepas 3 bulan, aku dapat satu lagi permintaan dari member yg sama. Kali nie untuk bina CMS Portal untuk Warga PPD di Kerian. Rupanya, apa yg aku buat di portal sekolah member aku tu ditunjukkan kpd salah seorang pegawai PPD di Kerian. Kebetulan member aku nie berkawan rapat dengan Penyelia ICT di situ.

Macam biasa le… bermula dari ‘hosting’ dan ‘domian’nya sehingga la setup sebuah Portal CMS untuk Warga PPD Kerian. Takde bayaran yang aku kenakan untuk 2 buat portal tersebut, just sekadar membantu. Bangga lak rasa bila kita jadi bahan rujukan… hehe…!!

Tapi nak dijadikkan kisah, sekolah beliau telah memenangi Johan Laman Web Interaktif Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak 2004, Anugerah Khas Laman Web Gerakan Daya Wawasan Parit Buntar dan Anugerah Laman Web Terbaik Negeri Perak drp DYMM Raja Muda Perak. Member aku tupun turut menerima Anugerah Guru Inovatif Daerah Kerian 2004 dan Pingat Pekerti Terpilih (PPT) sempena Keputeraan DYMM Sultan Perak Yang ke-78 (2006).

Kebetulan pada masa tu, pegawai selaku Penyelia ICT di PPD Kerianpun menerima Anugerah Guru Inovatif. Anugerah yang dia orang peroleh tu semuanya berkisar pada kecemerlangan laman web masing². Wah~! terasa meremang gak aku. Mana idaknya, hasil kerja kita dah diberi pengiftirafan, walaupun bukan aku yang dapat… huhu..!!

“Melayu Mudah Lupa”, tak dapat aku nafikan kata² Tun Dr Mahadhir. Memang betulpun ungkapan nie. Selepas sahaja dia orang menerima anugerah masing², takde sebaris ayat ucapan terima kasihpun kat aku. Malah, nama aku sebagai Admin di dua buah laman tersebut dihapuskan dan didelete terus. Modules dan Blocks yg aku bina dan masukkan ke portal tu diubah kredit nama mereka masing². Hilang terus id user LePaK dalam kedua² buat portal tu.

Hebatkan ?! Hingga id userpun dia orang delete… lepas tu siap ubah kata laluan hosting lagi tanpa pengetahuan aku. Tapi, biasa le… saper nak percaya kata² nie, dah takde buktipun nak mengiakan apa yang aku buat. Cuma aku boleh kasi tip je kat kau orang camner nak kesan siapa pembina sebenar CMS Portal dia orang tu.

Untuk Portal PPDKerian:

  • Masuk ke link nie -> Id User (Ubah je no id akhir tu dari 1 ke 10, perasan tak, id user bermula dari 1 - 10 dah takde. id Pendidik berada pada no. 2 selaku Admin dan id LePaK berada pada no. 4 sebelum dihapuskan)

Untuk Portal SK Methodist:

Boleh lihat dengan cara yang sama seperti di atas, cuma masa aku tulis entry nie, rakan aku tu dah cuba matikan fungsi forum agar user id tak dapat dikesan.

  • Tapi boleh cuba dgn cara sebagai ahli dan rujuk id pada modules ‘Private Messages‘. (id no. 4 LePaK dah didelete)
  • Cara seterusnya boleh guna rujuk id user pada modules Members List. (Cari KakiGames Jan 18, 2005 (id ke-2 aku di situ) dan bezakan tarikh daftar dgn id yobkantoi April 24, 2005 - Admin). Tarikh daftarpun dah nampak nyata siapa dulu.

Salah aku juga rasanya nie, aku sound id user di forum SK Methodist sebelum nie. Dia mungkin dah ambil tindakan berwaspada… Takut dengan kebenaran hidup. Hehe..!!

Aku & Kerjaya 2005-2011:

Sekarang… Aku ditempatkan ke SMK Tengku Menteri selepas habis belajar di UPSI, boleh je rujuk kisah nie di entry² lepas. Ada aku ceritakan kisah yang bersangkutan, walaupun tersirat.

  • Rezeki: Sisakah hasil keringat…..
  • GTPP: ‘DIPANGKAH’ Manusia Hipokrit!

Maaf la… bukan aku nak mengaibkan dunia glamer kau orang yang terlibat, tapi sekadar memori Aku Sebagai Guru Tiada Kelas.

Istilah nie aku petik dari ruang ShoutBox PPDLMS oleh id sue.

sue: sepatutnye ler…guru2 yang dh lama berkhidmat diberi peluang “merasa” apc sepanjang dlm perkhidmatan…dh nk pencen..apa pun tk der..seolah2 perkhidmatan beliau tidak ada “kelas” gitu….kesian..kesian… 5-07-2011 8:37:am

Itu je setakat nie… mungkin ader kisah bersambung akupun tak pasti. Kita lihat nanti… Terima kasih kerana sudi layan coretan aku yang entah apa² nie.

Yg pastinya, semua nie ditakdirkan bukan rezeki aku, walaupun ia nyaris menghampiri kita tapi dah tertulis begitu, kita tetap tidak akan mampu milikinya.

Wallahuallam..!!

Celoteh
1 Celoteh

1 celoteh:

AMZ berkata...

Nice to read!! Next time...masukkan "bugs" dlm portal or prog yg kita buat. Why? You know why...microsoft yg hebat pun masukan "bugs"... hehehe... keep up good job!! Don't give up!! Simpan "bugs" banyak2...utk kegunaan masa dpn...adios!!

Catat Ulasan