Isnin, 20 Disember 2010

Aku & Dunia Facebook

SalamX..!!

Ramai antara kekawan aku bila berjumpa je mesti mahukan alamat Facebook untuk terus contact. Malah, ada yg aku kenal tak berapa reti bab-bab internet nie pun siap kasi aku alamat Facebook beliau melalui mesej pesanan ringkas untuk contact. Mungkin komunikasi melalui Facebook nie dah jadi trand zaman sekarang untuk ‘bertegur sapa’ antara kekawan gamaknya.

Suatu ketika dulu, ada yang masih curiga tentang kemunculan Facebook nie. Ada yang berpendapat semua ini merupakan agenda Yahudi untuk dapatkan maklumat manusia seantero dunia dengan mudah. Aku sendiri tak nafikan benda nie. Kekadang terfikir juga, mungkin ada kebenarannya.

Jika kita lihat secara umum, peranan yang dimainkan oleh Facebook hanya sebagai sebuah tapak untuk kita mencari kenalan lama secara global. Tetapi, jika kita bebetul meneliti fungsi yang terdapat di dalam kemudahan Facebook tu secara mendalam, kita akan dapat lihat betapa hebatnya ‘crawl engine’ yang berkongsi bersama tapak carian ‘Bing’ (Microsoft) menyenaraikan maklumat pengguna yang hampir begitu sempurna hingga 100% dapatan dari hasil carian maklumat rakan yang kita cari.

Tanpa kita sedari, peranan yang dimainkan oleh tapak komunikasi Facebook nie memang cukup hebat. Tidak mustahil, ia juga berperanan dalam menyekat pakatan jenayah melalui talian cyber. Tidak mustahil juga kita yang menyertai Facebook antara sedar dengan tidak sedar telah menyenaraikan agenda/peristiwa kehidupan kita dari zaman kanak², remaja, dewasa hinggalah ke peringkat umur tua.

Emm… mengapa aku berani berkata demikian?!! Cuba renungkan sejenak, apabila kita bertemu kenalan kita sewaktu di bangku persekolahan dahulu, topik berbual mestilah dalam lingkungan kenangan peristiwa yang berlaku di antara kita dengan beliau waktu peringkat umur tersebut. Begitulah juga dengan topik berbualan bersama rakan kenalan yang lain sama ada masa di bangku sekolah, pusat pengajian tinggi, kenangan sepejabat dan sebagainya.

Andaikan kita bertemu dan berceloteh bersama rakan kenalan yang kita temui di dalam Facebook dari se-usia kanak-kanak hingga ke dewasa, tak ke habis peristiwa kehidupan kita dari segi suka duka, pahit manis dibentangkan dalam halaman komunikasi tu?! Mustahil tak bercerita kisah-kisah lama kan?!!

Mungkin suatu hari nanti, agensi-agensi di syarikat kerajaan ataupun swasta mewajibkan kita mengisi borang yang ader ‘form’ alamat Facebook dalam ‘Resume’ untuk syarat wajib memohon pekerjaan. Hehe… mana le tahu, mungkin dengan cara tu, pihak berkenaan dapat mengetahui perangai hantu kita nie sejak kecik² dulu untuk ditapis terima sebagai pekerja… tak ke haru….. Ahekeke…!! :-D

Apa-apapun, bergantung lah pada kebijaksanaan penggunaan. Owh~! ye… sebenarnya aku buka thread nie untuk nyatakan pada rakan² aku yang aku belum ader akaun Facebook. Termelalut la pulak dengan citer² merepek nie. Maaf la yek… bukan tak nak join, tapi masih belum ada kepentingan lagi buat masa sekarang, tengok lah esok lusa kot-kot hati nie tergerak untuk buka satu akaun di sana.

InsyaAllah…!! :-)

Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan