Isnin, 13 Disember 2010

Akhirnya… Cuti Ngadap Coding PHP

SalamX..!!

Huhu… letih-letih… Ingatkan cuti boleh le enjoy jejalan makan angin, rupanya siang malam dah ader keje kena ngadap.

Haa… atas nie, mungkin ramai cikgu-cikgi daerah sini yg belum tahu, Portal PPDLMS V3 akan muncul pada 01-01-2011 nanti. Masa cuti nie aku ambil sepenuhnya memasang engin baru dalam CMS tu. InsyaAllah… kalau takde pe-pe hal, mungkin dilancarkan pada tarikh yg ditetapkan.

Antara code tambahan yg dilakukan pada CMS tersebut ialah… fungsi pengkelasan status dari segi pangkat, gred, lokasi sekolah semasa pendaftaran. Termasuk juga kemudahan pengesanan pergerakan staf antara PPD, Pengetua & Guru Besar.

Addon tambahan seperti Map Google berbentuk GPSpun ader gak, maklum lah… semuanya sibuk nak claim perjalanan je manjang. Jadi ader la aku masukkan sekali fungsi untuk kesan jarak dan masa perjalanan pilihan di dalam CMS tu. Dan satu modules khas iaitu Cuaca. Hahaha…. rujuk cuaca harian dulu beb…. takut hujan, banjir time melawat kawasan… payah lak nak kena claim sampan ngan repair kenderaan yang tenggelam dalam banjir…. :-D

Apa-apapun… nanti tengok le sendiri baru tahu…. ;-)

Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan