Selasa, 24 Ogos 2010

Gravatar: Identiti Diri Anda

SalamX..!!

Gravatar? Bila sebut pasal Gravatar, anda pernah dengar? Kalau pernah dengar alhamdullilah… Ramai yang pernah dengar, tapi tak ramai yang mengguna pakai kemudahan yang disediakan nie.

Gravatar nie merupakan gambar pengenalan anda, umpama kad pengenalan la bak kata orang hehe… Ia akan mengikuti kita ke mana sahaja kita pergi di ruangan komen atau posting blogs. Apabila anda memberi komen pada sesebuah laman blog, images Gravatar anda akan muncul di sebelah posting anda. Hebat bukan…?!!

Bila komen disertakan dengan gravatar pilihan anda, baru ada gaya, yang pentingnya, imej yang anda gunakan melambangkan diri/identiti anda dalam dunia blogging. Jadi apa tunggu lagi… kepada kekawan yang masih belum miliki Gravatar sendiri lagi… jom kita sama-sama dapatkannya di Gravatar.

p/s: Pastikan guna email yang telah didaftarkan dalam akaun Gravatar setiap kali memberikan komen di blog lain termasuk di blog ini, dan imej yang telah dipilih akan keluar secara automatik.
Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan