Selasa, 26 Ogos 2008

Rasional Logo Kemerdekaan Ke-51

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari 3 figura berpakat dan saling berganding bahu dan berpadu tenaga menuju kejayaan. Ini melambangkan “Perpaduan Teras Kejayaan“.

3 figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 figura manusia digayakan bekerjasama dan berganding bahu adalah wakil 3 kaum utama di Malaysia yang bersefahaman. Ini menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh ketiga-tiga kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong dan juga bermaksud warna kegemilangan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Lagu: Perpaduan Teras Kejayaan
Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan