Ahad, 3 Ogos 2008

Aku Bukan Lagi Jaguh Seperti Dulu

SalamX..!!

Haha…. dekat 16 tahun dah aku tak join JEMMING dengan member lama aku. Tetiba semalam dia orang ajak join studio nak on balik lagu-lagu nostalgia. Mak aih…. mana ingat beb…!! Lagu Kamalia, Wings, Kembara, Rusty Blade…. fuh… tergeliat gak le jari aku nak ingatkan balik leading lagu tu….

Member suruh on lagu Opera Hidup… aku pi belasah solo lagu Hukum Karma… tak pening drumer dibuatnya hehe…!! :-)


Inilah kisah kalau dah berjumpa group band suatu ketika dulu. Mana nak sama dah…. 16 tahun memacam hal, memacam style… memacam benda bermain di fikiran. Terasa dah aku bukan lagi jaguh seperti dulu.

Dulu kami pernah satu group… mainkan waktu function-function di Maktab. Paling kerap main masa perasmian penutup majlis suai kenal le untuk bebudak baru.

Gambar sebelah nie aku tengah follow lagu entah apa ke nama ntah. Si Zaid (baju biru) tu suruh onkan… belasah je laa… janji ader bunyi ahekeke…!! Aduh… rugi pulak rasa tak maintainkan benda-benda camnie. Mana la aku nak carik balik kaset-kaset Kumpulan Rock lama-lama tu??!!

Tapi best gak camnie… cuma malangnya beberapa lagu terkantoi le bila nak main semula. Si Wak (Wahi baju pink) tu je yang naikkan balik semangat bila dia gantikan aku solo… Tak sangka dia nie yek…. ingat lagi tu lagu-lagu zaman kita bujang dulu padahal dulu dia pemain bass je… Nasib baik takde Razak (Basses EYE- Drumer kita org dulu), kalau tidak mau sampai 2-3 jam duduk dalam studio tu. :-D


Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan