Isnin, 14 Januari 2008

Mimi: Teman Aku Dah Bersekolah !

SalamX..!!

Aduh…!! Sunyinya aku rasa berada di rumah tahun nie. Selalunya pepagi camnie ader la jugak teman.

Inilah dunia kehidupan… Mimi anak ke-2 aku dah mula jejakkan kakinya ke TADIKA. Gambar nie aku rakam sewaktu pendaftaran Mimie ke Pra Sekolah. Seronok je dia aku tengok jumpa kekawan baru di situ. Awal-awal lagi aku lihat dia dah boleh berinteraksi dengan kekawan dia yang lain.

Sebelum nie… dialah teman aku kat umah. Walaupun karenah dia kekadang sampai aku tak menang tangan nak kawal tapi bila dia dah takde kat umah pepagi camnie baru aku terasa betapa sunyinya aku akan lalui detik-detik pagi.

Takde lagi dah teman aku nak ajak pegi reronda ke pekan… takde lagi dah teman nak ajak gie beli nasik lemak… takde lagi dah teman nak aku layan PS2 ngan Tom & Jerry kat Astro pepagi cam ginie.

Mulai tahun nie, nampaknya aku kena hadapi semua tu seorang diri… Aduhlaaaa…. tension oie…!! :-?
Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan