Isnin, 27 Ogos 2007

Sebesar Mana Bumi Kita Nie?

SalamX..!!

Sesambil aku layan susun barang selepas basuh rumah akibat banjir semalam.. termenung aku kejap memikirkan sejauh mana besarnya bumi kita nie?!! Banjir akibat benteng sungai pecah dah kelam kabut 2, 3 taman perumahan. Itu belum lagi angin ribut taufan, gempa bumi, tsunami ekk.. ngeri aku nak sebut.

Ok la.. sebesar mana sebenarnya bumi kita nie.. mari kita sama-sama lihat dahulu 5 buah planet yang tersenyum je bila dipandang dari bumi.


Emm.. besar gak Bumi kita nie yek..!! Alahai Pluto tu nampak cam guli je ahekek..!! Patut le manusia di Bumi nie banyak yang angkuh-angkuh hehe..!! :-)

Ok kita lihat pulak gambar yang kedua.



Alahai..!! Mana Bumi kita tadik tu..?! Aduh.. dah sebesar guli pulak jadinya Bumi ?!! Jupiter tu besar sungguh !!

Cuba kita lihat lagi gambar seterusnya.

 
Mak aih..!! Kalau dibandingkan dengan Matahari (Sun)… nak kata sebesar biji sawi pun takde dah Bumi kita nie.

Jom kita lihat lagi kedudukan Bumi kita nie….



MasyaAllah..!! Cuba kau lihat Matahari (Sun) tu ?!! Dah jadi biji sawi pulak si Matahari kita tadi. Nampaknya ade yang lagi besar dari Matahari iaitu Arcturus. Mana lak Bumi nie ?!! Takde dalam skala… em… 8-O .

Kita lihat gambar akhir nie pulak….


:~ Gulp !! Alahai..!! Cuba la kau orang bandingkan Arcturus yang besar tadi tu dengan Antares. Dikatakan bahawa Antares nie merupakan bintang yang ke 15 terbesar di angkasa dan ia berada pada jarak lebih 1000 tahun cahaya dari kita (Bumi).

Jadi.. amacam orang yang tinggal kat Bumi ?!! Sebesar zarah je sebenarnya planet yang kita duduk nie. Tupun ramai yang tak sedar diri lagi tu hehe..!! Inilah alam duniawi kita sebenarnya. Bersyukurlah dengan apa yang ada pada diri kita, sedar diri tu sikit, jangan bongkak. :-P
Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan