Khamis, 2 Ogos 2007

Guitarra Clasica 1/2 ADMIRA

SalamX..!!

Hari ini merupakan hari yang aku cukup sedih dan bengang apabila aku dapati gitar klasikal Admira buatan Spain aku terkopak di bahagian box belakang akibat dipijak oleh salah seorang pelajar yang tidak dikenalpasti di sekolah.



Guitarra Clasica 1/2 ADMIRA Made In Spain
Memula aku ingatkan hanya gurauan apabila salah seorang pelajar perempuan memberitahu aku tentang hal nie. Setelah aku sendiri melihat keadaan gitar tersebut…. MasyaAllah… terkedu aku sejenak. Gitar yang memberikan ilham ketika bermain dan cukup bersejarah dalam kenangan hidup aku selama 16 tahun tiba² didapati robak di bahagian belakang box.

Gitar nie merupakan sebuah instrument yang aku terpaksa beli dari seorang pensyarah Eropah bernama En. Daniel dengan harga RM 570 pada tahun 1991. Ketika tu aku belajar di ITM Shah Alam dengan mengikuti program Dip. In Music dan menjurus kepada Clasical Guitar.

Setelah aku merujuk kepada rakan aku, harga gitar nie telah mencecah kepada RM1000+. Jika ada pengganti sekalipun gitar nie, bagi aku ia tetap tidak akan sama dengan value kenangan aku selama gitar ini aku perolehi semenjak 1991 sehingga sekarang. :(
Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan