Isnin, 16 Mei 2011 0 celoteh

Selamat Hari Guru Sahabat….

Artis: Pelangi
Lagu: Biarku Menjadi Lilin


Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Di saat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang di sini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Ku rawat biar sembuh

c%
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya

Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan di hati
Walaupun sering kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

(solo)
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Ku rela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri….
p/s Khas kepada semua insan bergelar guru yg mengenali kami….  :-)
Selasa, 10 Mei 2011 0 celoteh

‘Dokumentasi’ Di NKRA

SalamX..!!

Penting ke tak penting ke aku sendiri tak pasti, tapi apa yang penting… kerjesamer…!! “dokumentasi”. Hehe… bukan lagi kerjesame kot seperti kata Wonderpet citer bebudak tu.

Macam perjalanan keje kita orang di ‘bangku sekolah’ nie mana la sangat nak pentingkan dokumentasi. Asal je ader keje… merungut… asal je ader keje… buat…. asal je ader keje… kena sound sebab siap lambat… haha… tapi penah ke kena marah sebab tak sediakan dokumentasi setiap keje yang kami dah buat untuk diri sendiri ?! Maner ader… kan ?! Nasihat ader le kot…

Isnin, 18 April 2011 0 celoteh

KRS 2011: Pegawai Tabik Hormat

SalamX..!!


KRS 2011 (16 April 2011) - Sesaje buat kenangan… First time kena lantik jadi Pegawai Tabik Hormat untuk Pertandingan Kawat Antara Unit Beruniform. Letih PK KO-KU ngajar aku camner nak tunggu bebudak datang tabik masa tu hehe…!!

Sabor je la…. :-)
Isnin, 14 Mac 2011 0 celoteh

MSSM Ke-53 2011

SalamX..!!

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Ke-53 (MSSM) akan bermula tidak lama lagi. Tuan Rumah kali nie adalah Negeri Perak.

Demi teknologi, tuan pengarah mahukan sistem online untuk statistik pingat permarkahan. Adoi… senak perut memula dapat panggilan kena bangunkan aplikasi online berkaitan sukan. Mau tidaknya, maner le kami selaku ‘Bebudak SisPA’ tahu menahu bab sisitem permarkahan bersukan nie… :-)