Isnin, 13 Ogos 2007 0 celoteh

Koleksi Bonus Prepaid Referer Pendidik

SalamX..!!

Syukur Alhamdulillah !! Sama sekali aku tidak menjangka bahawa bonus MyMode Prepaid nie cukup mudah diperolehi. Maksud aku cukup mudah adalah merujuk kepada senangnya perjalanan bisnes nie. Kekadang aku sendiri tak menjangka aku akan perolehi bonus demi bonus pada tiap-tiap khamis dalam seminggu sedangkan aku sendiri topup handset aku cuma dalam RM 30 je sebulan.

Tipon BimbitRamai gak kekawan suruh aku paparkan bonus yang aku dapat sedangkan bonus aku nie takde la banyak manapun tapi cukup lah nak buktikan kat kekawan yang selalu kurang percaya dengan aktiviti yang aku jalankan nie. Maklumlah.. daftar ahli hanya RM65 seumur hidup, tapi pulangan yang aku dah dapat kau orang boleh lihat sendiri print screen paparan bonus yang aku sertakan sekali di sini… jauh berganda pulangannya dari modal menjadi ahli hehe…!! :P

Jom sesama kita lihat bonus-bonus yang aku dapat selama nie sesambil aku citer sikit pengalaman yang aku tempuh.
Khamis, 2 Ogos 2007 0 celoteh

Guitarra Clasica 1/2 ADMIRA

SalamX..!!

Hari ini merupakan hari yang aku cukup sedih dan bengang apabila aku dapati gitar klasikal Admira buatan Spain aku terkopak di bahagian box belakang akibat dipijak oleh salah seorang pelajar yang tidak dikenalpasti di sekolah.



Guitarra Clasica 1/2 ADMIRA Made In Spain
Memula aku ingatkan hanya gurauan apabila salah seorang pelajar perempuan memberitahu aku tentang hal nie. Setelah aku sendiri melihat keadaan gitar tersebut…. MasyaAllah… terkedu aku sejenak. Gitar yang memberikan ilham ketika bermain dan cukup bersejarah dalam kenangan hidup aku selama 16 tahun tiba² didapati robak di bahagian belakang box.

Gitar nie merupakan sebuah instrument yang aku terpaksa beli dari seorang pensyarah Eropah bernama En. Daniel dengan harga RM 570 pada tahun 1991. Ketika tu aku belajar di ITM Shah Alam dengan mengikuti program Dip. In Music dan menjurus kepada Clasical Guitar.

Setelah aku merujuk kepada rakan aku, harga gitar nie telah mencecah kepada RM1000+. Jika ada pengganti sekalipun gitar nie, bagi aku ia tetap tidak akan sama dengan value kenangan aku selama gitar ini aku perolehi semenjak 1991 sehingga sekarang. :(
Ahad, 29 Julai 2007 0 celoteh

Sistem Pengesanan Bahan P & P

SalamX..!!

Hehe… kesian kau org… Buat masa nie aku sibuk sikit. Tengah buatkan sebuah sistem pengesanan penggunaan bahan pengajaran pembelajaran di dalam kelas. Aduh… abis masa chatting aku ngadap benda alah nie je… Oh ye… gambar sistem yang kau orang tengok ini le yg buatkan aku sibuk masa nie. Dapat khamis lepas.. nak siapkan minggu depan… WaaaWaaAaaa….!!!! :-?

Sistem Pengesanan Bahan P & P
Klik gambar nie untuk lihat gambaran sebenar. Kalau masa nie ada mesej atau email kau org yang aku tak layan… memaaf la ye… sibuk sikit. Bukan taknak layan… tapi pening kepala layan coding MySQL nak siapkan mende nie…. tupun masih tersilap masukkan variable pengimbas dua kali… ceh..!! :(
Ahad, 22 Julai 2007 0 celoteh

Cara Bina Manual Localhost

SalamX..!!

Localhost ? Apa benda alah localhost nie ? Kepada mereka yang belum ceburi benda nie.. biar aku citerkan sikit apa itu localhost. Selalunya localhost nie ader kaitan sikit dengan server. Sesaper yang giler dengan pembikinan web berjenis CMS, mesti dah biasa dengan istilah nie.

Localhost

Tapi ramai jugak para webmaster yang kecewa apabila tak mahir dalam membina localhost secara manual di PC memasing. Kebanyakannya hanya menggunakan kemudahan aplikasi khas seperti XAMPP.