Isnin, 14 Mei 2018

Kontraktor Penipu (Bhg. 7)

SalamX !!

Dah lama aku tak menulis dalam Blog nie.... Bukan pasal takde idea, cuma takde kesempatan je. Kekadang tu teringat nak menulis... last-last lupa gitu je.... :P

Kisah aku kali nie adalah rentetan dari kisah Kontraktor Yeong Wai Pheng kaki Penipu tu. Kisah dia agak rumit nak dicerita, tapi memandangkan hal nie perlu juga aku bercerita supaya kalian tahu, jadi aku cuba ringkaskan seberapa yang boleh. Baca je... mungkin sebagai peringatan pada engkorang juga.

Pada awal tahun 2018, aku cuba cari beberapa orang Enginer dan Qs hingga lah akhirnya aku terpanggil untuk memanggil Enginer yang berurusan untuk Pelan RC rumah aku sendiri. Ia berikutan pandangan dari seorang Ahli Majlis Perbandaran yang aku kenali untuk berbincang secara terus dengan mereka yang terlibat.

Sebenarnya aku malas nak jemput Enginer / Arkitek yang terlibat dalam pelan rumah aku nie sebab diorg tu satu kroni dengan Kontraktor Penipu yg aku dok cerita nie.... Wlu bagaimanapun.... aku try contact dan akhirnya diorg setuju turun padang dan berjumpa di rumah aku yang tak siap-siap nie unt berunding....

Syarikat Enginer
Pada awal rundingan, gambarannya cukup memberangsangkan tetapi setelah 2 minggu berlalu.... alangkah terkejutnya bila aku menerima sepucuk surat dari Syarikat Enginer tersebut yg menyatakan rumah aku tu dibina mengikut pelan yang disahkan oleh MPT. Uisk.... mcmana diorg boleh cakap rumah dibina betul-betul mengikut pelan sedangkan masa berjumpa tempohari cakap ada banyak kepincangan dalam pembinaan rumah aku tu. Dah agak dah..... diorg memang akan side kroni diorg juga dalam kes nie..... Naya... Naya.... :(

Agak malang bila penguam perumahan aku sendiri berasa cukup kecewa dengan kenyataan surat tersebut. Ini bermakna... setiap ganti rugi yang aku tuntut sebelum nie tidak boleh diterima sama sekali dan segala kelewatan menyiapkan rumah oleh kontraktor juga aku tak boleh tuntut sesenpun. Pendek kata...segala tuntutan yg dah aku buat akan terbatal terus kerana kenyataan dari surat rasmi tersebut menyatakan rumah aku tu dibina mengikut pelan yang sah dr MPT tanpa ada cacat cela. 

Akhirnya aku pula dipersalahkan kerana melengah-lengahkan kerja kontraktor unt menyiapkan rumah aku. Adoi.... jenuh jenuh..... surat tu ditandatangani oleh seorg Jurutera bertauliah syarikat tersebut pulak tu..... Tak sangka keputusan yang diorg buat nie masih berpihak kepada kontraktor penipu tu.....

Pasrah gak aku awalnya.... tak tahu dah nak fikir. Buntu dah. Aku rasa mcm teraniaya je terus. Habis segala tuntutan aku terbatal dan tak boleh digunapakai dalam mahkamah. Alangkah malang lagi apabila aku pula dipersalahkan. Adoi... letih.

Cuma satu jalan yang diberikan oleh peguam perumahan baru aku tu....dia cakap aku kena cari seorg Enginer lain yang bertauliah unt menyangkal kenyataan surat dari engineer syarikat kroni kontraktor penipu tu. Itu je cara akhir yang ada. Jika berjaya aku masih boleh membuat tuntutan tetapi sekiranya tiada engineer lain yg boleh menyangkal kenyataan tersebut bermakna... aku dah kalah kes. Alahai....

Ramai juga enginer aku cuba cari dan hubungi....akhirnya aku berjaya dapatkan seorg enginer dari Ipoh. Cuma kali nie aku hanya dapat sebuah nasihat. Enginer dari Ipoh nie hanya memberi nasihat dan menolak unt menyangkal surat tersebut dengan alasan bahawa proses unt menilai kembali pembinaan rumah yang telah disahkan oleh engineer asal yang membuat pelan rumah tersebut agak rumit dan mungkin menelan belanja hampir berpuluh-puluh ribu. 

Dinding-dinding rumah akan ditebuk dan akan discan unt menilai kembali keutuhan rumah. Jadi beliau nasihatkan aku supaya bawa berbincang semula dengan kontraktor dan cara keduanya ialah melaporkan hal nie kepada Lembaga Jurutera Malaysia dgn menyertakan bukti bergambar dan melampirkan sekali sesalinan surat dari syarikat tersebut yang menyatakan rumah dibina 100% mengikut pelan biar pihak lembaga sendiri datang menilai dan menentukan kesahihan cara pembinaan rumah. Tension gak dengar....

Alang-alang dari aku dah tak boleh membuat apa-apa tuntutan rentetan dari surat dari syarikat kroni kontraktor tersebut, akhirnya aku cuba hubungi salah seorg pegawai dr syarikat enginer tersebut unt berbincang. Isu yang aku bincangkan ialah aku menyatakan hasrat aku unt membuat aduan berkaitan syarikat enginer tersebut ke Lembaga Jurutera Malaysia di KL dan aku maklumkan lagi aku akan mengirim surat beserta gambar-gambar kerosakan yang berlaku ke atas rumah yang dalam pembinaan tu. 

Fokus utama surat tu ialah menyiasat Jurutera Bertauliah syarikat tersebut yang menyatakan secara rasmi dalam surat bahawa rumah dibina mengikut pelan 100% supaya pihak Lembaga Jurutera sendiri menilai dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya berlakunya penyelewengan atau rasuah. 

Aku juga menyatakan akan melaporkan perkara yang sama kepada pihak SPRM supaya turun mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pihak syarikat jika ianya di dapati bersalah. Aku tegaskan lagi semua urusan dan tindakan ni aku akan buat sesegera yang boleh dan memohon agar pihak syarikat tersebut bersedia dengan apa yang akan dihadapi.

"Asalnya saya ingin buat tuntutan gantirugi kepada kontraktor cina kaki penipu.... akhirnya saya terpaksa berlawan kes dengan bangsa sendiri yang menyelamatkan cina haram jadah tu......." ini le kata-kata aku sebagai penamat cerita masa aku berjumpa dengan seorang wakil syarikat berkenaan.

Terkelip-kelip biji mata pegawai yang berketayap tu.... nasib le. Dah diorg nak senang-senang lepas diri macam tu.... daripada aku tak dapat apa-apa.... ini je jalan yang aku mampu buat. Aku buat le...... Kali nie aku nekad.... apa nak jadi... jadi le....

Selang beberapa hari dari tu aku dapat panggilan tipon dari peguam aku. Katanya sila datang ke pejabat peguam untuk perbincangan 3 pihak iaitu peguam, syarikat Enginer tu dan aku. Aku terima je.... mungkin ada beberapa perkara yg ingin dibincangkan sebelum aku membuat aduan kepada Lembaga Jurutera Malaysia.

Setelah berbincang.... baru terbongkar kisah sebenar. Rupanya syarikat Enginer tersebut telahpun mengeluarkan draf pembinaan bim tambahan di rumah aku. Kontraktor Penipu tu sebenarnya telah pun menerima cadangan unt membina bim tambahan daripada syarikat tersebut unt mengukuhkan kedudukan rumah sekiranya tiang di ruang bilik tetamu dibuang. Bim tambahan sebenarnya telahpun wujud. Tiang boleh dibuang bila-bula masa tanpa kerosakan pada struktur rumah.

Tujuan kontraktor cina haram jadah tu meminta pihak aku dan isteri menandatangani perjanjian bertanggngjawab ke atas apa-apa yang berlaku ketika ingin membuang tiang adalah merupakan tipu daya yang cuba dibuat agar pihak kontraktor tidak dikenakan tuntutan gantirugi atas kelewatan dan kerosakan-kerosakan yang berlaku di beberapa bahagian rumah sewaktu pembinaan. 

Surat Perjanjian Yg Diberi 2 Hari Sebagai Tempuh Memberi Keputusan
Ini jelas di dalam kandungan perjanjian tu yang menyatakan apabila sahaja aku menandatangani perjanjian tersebut, rumah akan siap dalam tempoh 3 bulan dan aku tidak lagi boleh membuat sebarang tuntutan gantirugi ke atas kerosakan-kerosakan dalam proses pembinaan rumah dan aku juga tidak boleh membuat sebarang gantirugi kelewatan kontraktor menyiapkan rumah.

Tu dia...... jenis kontraktor cina haram jadah....
Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan