Jumaat, 4 Disember 2015

Tamat : "*@ppdlms.edu.my"

SalamX!!
Hari nie berakhirlah tugas aku bersama domain @ppdlms.edu.my. Nak cakap apapun xtau…. 

Sejak dari 2009 aku dah mula ngadap host unt Portal PPD LMS nie.. Macam² buat…. segala sistem aku cuba janakan supaya Portal nie mendapat tempat yang terbaik…. 

Asalnya dari sebuah Portal CMS Fusion, aku cuba tempatkan PHPNuke sebagai CMS utama supaya lebih hebat. Perit gak buat portal nie sebenarnya, tiada siapa pernah bertanya dan tiada siapapun pernah cuba ambil peduli. Ada je JU ICT 7-8 orang….tapi boleh dikatakan 100% pembinaan portal PPD nie aku kena ngadap sesorang…. Mana pergi JU ICT² yg lain pun xtau ?! Setakat yg sudi membantu aku hanya Cikgu Basri (PK HEM SMK Toh Johan) sekarang. Walaupun hanya sebagai penterjemah…. Alhamdulillah la… ader gak geng kongsi sibuk…. Yg lain ?!

MyPendidik.net merupakan rujukan induk aku unt mantapkan ppdlms.edu.my nie. Apa yg telah aku buat di Portal MyP, akan aku guna juga di sini. Bak kata dah macam adik kembar la pulak. Cuma di sini module yg aku bina lebih menjurus di kalangan pegawai² PPD dan juga guru² daerah sini. 

Migrasi Server PPD-JPN-MAMPU katanya supaya tidak mudah dihack oleh dunia luar. Entah le…. setakat yg aku tahu…laman² utama kerajaan je yang asyik kena hack, sepanjang aku bina ppdlms.edu.my nie pun takde la pulak sekalipun kena hack…. apa ra… Udah dia org yg kena hack…kita pulak diajak join sekali duduk satu server dgn dia org… cari penyakit. Cakap je la tindakan nie unt jimat cermat duit kerajaan…. kan senang citer…. Huh !! 

Apa²pun aku akur je la…. cuma orang tak tahu je... betapa susah aku nak ngejas coding bila host dah bertukar nie…. hari².... aku umpama merayu agar aku boleh masuk ke hosting unt edit itu dan ini…. Kekadang terpaksa ngadap hingga ke 3-4 pagi berhari² unt siapkan satu module je.... Entah laa… hanya di belakang takbir je yg tahu. Adoiyai !
Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan