Selasa, 20 November 2012

Kisah Setahun Lalu...

SalamX..!!
Anugerah Tokoh Pelajar SKCJ 2011
Keputusan UPSR keluar lagi, kali ini ia merupakan keputusan untuk pelajar darjah 6 di tahun 2012. Yang pasti, takde la pulak anak aku yang ambil UPSR tahun nie... haha..!!

Sebenarnya, keputusan UPSR untuk tahun nie mengimbas kembali kenangan aku kepada keputusan UPSR tahun lepas (2011), ketika tu anak aku terlibat dengan peperiksaan penilaian rendah nie...

Harapan takde la tinggi untuk pencapaian anak aku, just orang kata... boleh la cukup-cukup makan. Jadi aku tak berapa ambil kisah hal-hal persiapan untuk ke sekolah asrama. Tetiba... keluar je result... isteri aku cakap Fatini 5A..!! Wow... ye ke nie ?!!

Ketika khabaran tu... MasyaAllah... hanya tuhan yang tahu. Gembira ade, risau ade, tetiba je diri jadi kelam kabut. Mana idaknya... time tu le baru nak fikir mana aku nak hantar anak aku untuk kemasukan tingkatan satu... haha..!!

Sebelum nie... ader gak cikgunya isikan untuk kemasukan ke Mara, RK dan SMBP. Jadi, tunggu je la memana panggil. Last sekali, ada gak rezeki dia ke... SMKA Slim River. Syukur... jadi le dari takde langsung... sib baik gak le... kalau tidak dah tentu le ke SMK Tengku Menteri... uwekk... berjiwa gak aku nak tempatkan anak aku kat situ... tapi.. Slim River tu jauh gak akkk... iskk..!!

Keputusan anak aku nie sebenarnya merubah banyak benda... dari segi pandangan cikgu-cikgu lain terhadap aku, isteri aku dan diri anak aku sendiri. Ye la... dah skor 5A... mesti orang pandang hormat skit dari sebelum nie. Itu la keistimewaannya... nampak gak kekawan dah mula respect pada kita walaupun anak kita yang punya pencapaian. Yang dulu pandang kita cam sebelah mata je... dah mula cari-cari cermin mata nak perhati kita ngan lebih jelas.

Alhamdulllah juga, sebenarnya anak aku juga terpilih sebagai Tokoh Pelajar Tahun 2011 di sekolah dia sebelum result UPSR pada Majlis Anugerah Cemerlang sekolah. Tak pasti le pulak... ader yg merungut ke idak... tapi kalau ader rungutan dan ketidakpuasan hati di kalangan guru-guru ibubapa atau di kalangan guru-guru sendiri, mungkin terjawab setelah anak aku juga berjaya mencapai keputusan UPSR 5A rasanya. Alhamdulillah sekali lagi....

InsyaAllah... kau orangpun mungkin akan merasai perasaan macam nie juga bila anak-anak berjaya nanti. Lain macam jenis respect yang kita akan dapat... hehe..!!

Apa-apapun... terima kasih Nur Fatini Farisya kerana mengharumkan nama ayah dan ummi... Terima kasih juga kepada guru-guru yang bertungkus lumus untuk kejayaan anak saya. Terima kasih !!

p/s Yg lebih best... aku belanja KFC je... ngan beli jam tangan kat dia satu.... hahaha..!!


Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan