Jumaat, 5 Ogos 2011

NUTP Minta Unit NKRA KPM Tambah Baik SAPS Dgn Segera

SalamX..!!

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran melakukan penambahbaikan segera terhadap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang didakwa bermasalah.

Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Phing, berkata kesatuan menerima banyak rungutan dan aduan daripada guru di seluruh negara mengenai SAPS, yang diperkenalkan Julai lalu untuk menyelaras kemasukan data peperiksaan ke dalam satu sistem berpusat sahaja.

“Mereka (guru-guru) bukan tidak sanggup mematuhi tugas mereka, namun sistem berkenaan memang bermasalah sehingga menyebabkan mereka terpaksa menunggu berjam-jam untuk memasukkan data peperiksaan seterusnya menyebabkan mereka tertekan.

“Oleh itu, kita berharap supaya sistem berkenaan dapat diperbaiki dengan segera,” katanya kepada pemberita di Wisma NUTP, di sini, hari ini.

Sistem SAPS dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran secara talian bertujuan mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh negara.

Sistem berkenaan, yang boleh dicapai semua pihak termasuk Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran Daerah, sepatutnya memudahkan guru memasukkan dan mengemas kini maklumat kelas, maklumat matapelajaran dan data pelajar di bawah jagaannya selain memasukkan markah setiap mata pelajaran mengikut peperiksaan yang ditetapkan.

Loke melahirkan kebimbangan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas akan terjejas kerana guru terlalu sibuk untuk memasukkan data peperiksaan ke dalam sistem berkenaan.

“Sehinggakan ada guru yang sanggup meninggalkan proses P&P di kelas semata-mata mahu memasukkan data peperiksaan ketika sistem berkenaan berada dalam keadaan baik,” katanya.

Beliau mencadangkan agar unit berkenaan melanjutkan tarikh akhir kemasukan data peperiksaan ke dalam sistem berkenaan pada 15 Ogos ini kepada akhir bulan ini. - BERNAMA 2011/08/05  :-D

Rujukan : Berita Harian

p/s Sekarang dah di UP 1 Aplikasi Server termasuk 2 Data Server… Alhamdulillah..!!   :-)


Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan