Selasa, 14 Jun 2011

Apa Motif SKMM Sekat Web Perkongsian?

SalamX..!!

Rasanya semua telah sedia maklum tentang sekatan yang dikenakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap 10 laman web perkongsian. So kat sini aku senaraikan semula laman web terbabit:
  •     MegaUpload.com
  •     ThePirateBay.org
  •     FileServe.com
  •     DepositFiles.com
  •     FilesTube.com
  •     Warez-BB.org
  •     Movie2k.to
  •     MegaVideo.com
  •     PutLocker.com
  •     DuckLoad.com


Pada pandangan peribadi aku, antara dalam senarai tersebut memang wajar di sekat, tetapi ada juga yang tidak wajar. Sebagai contoh laman web FileServe.com, sekiranya terdapat mana-mana files, video ataupun lain-lain perkongsian yang menyalahi undang-undang Malaysia, pihak terbabit masih boleh contact admin fileserve.com dan meminta pihak fileserve.com untuk membuang files tersebut.

Jadi mengapa perlu disekat sedangkan masih ada jalan penyelesaian lain. Begitu juga laman web popular seperti Facebook.com, rapidshare.com dan juga Youtube.com, mengapa pihak SKMM tidak berani menyekat laman web tersebut? Sedangkan itulah laman paling utama sekiranya pelayar internet hendak berkongsi apa-apa.

Jadi aku tidak salahkan pihak “Anonymous” yang mahu menggodam laman web www.malaysia.gov.my tetapi bukan bererti aku menyokong tindakan pihak “Anonymous” terbabit.

Tindakan kerajaan Malaysia ini walaupun baik pada pandangan pihak kerajaan, tetapi perlu diperhalusi lagi demi kebebasan internet di masa hadapan.

p/s Maklumat mengenai surat daripada MCMC dipercayai untuk ISP telah terbocor dan disiarkan di laman-laman blog beberapa hari lalu.

Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan