SalamX..!!
Akibat dari keperluan hubungan yang lebih dekat dan cepat, aku kasi tipon tu kat isteri, aku cuba beralih jenis hset yang lain. Senang sikit dia nak contact aku kalau ader hal penting, asyik dail tipon umah je… apa kes..!! Jenama baru yg aku cekaupun lain iaitu Samsung s40i-00. Asal mula guna memang kekok habis.
Wlupun Samsung nie nampak je cam tak global tapi function Mass Send dia cukup best. Carianpun cukup mudah… pendek kata aku memang suka setiap function yang ader sebab cukup menjimatkan masa. Tapi harga dia aku dah lupa… terasa cam area RM400 - RM600 kot, tak pasti eah… lupa terus.
Banyak gak le kesenangan yang aku terima bila masing-masing ader hset… selalunyer asyik terima mesej pesan suruh beli susu anak kat umah bila habis je, itu je isteri aku nie… kira ok le dia nie bukan jenis giler sms… aku asyik masukkan credit dia je bulan-bulan untuk sambung perkhidmatan tapi credit dalam melangkau-langkau sampai cecah ratus-ratus dia tak pakai… huhu…!!
Tapi…. aduih…. parah parah…. satu hari aku nengok Samsung s40i-00 aku nie ‘hang’. Aku cas bateri boleh tahan 2 second je. Nak tipon kena sambung kabel cas. Takkan nak pakai kena ‘on time’ sambung pengecas… baik aku pakai tipon umah je…
Aku cuba bawa ke kedai repair… cina tu cakap… “Ayark… libih baik lu angkat balu punya loo… bikin lipair samer mahai itu bili balu…..”. 3-4 kedai aku pegi lebih kurang samer je ayat dia…biasa le tu… semua kedai hphone kaum cina yang bukak, kalau bangla bukak mesti ayat dia lain la kot hehe…!!
Sampai umah terasa hampa la jugak sebab aku suka hset Samsung nie… bak kata org ‘Nak buang terasa sayang, nak telan… apa ke halnya… hset… buat aku mati tercekik je….’. Last sekali baru isteri aku slow talk ngan aku…., katanya… “…bang….Mas tengok 2-3 hari sudah hset abang nie ader dalam oven panas lauk, siap sekali dengan kabel cas dalam tu…..”.
WhakHAkAa…!! Patut aKk…!! Rupanya anak aku yang bongsu cas hset Samsung aku nie pakai oven….. adoii… adoii…. :D