Jumaat, 5 Mac 2010

Aku & Hphone (Eps-1)

SalamX..!!

Hphone Pertama
Kita sedia maklum, zaman sekarang alat komunikasi seperti hphone cukup penting kepada setiap individu, termasuk la pentingannya kat aku sendiri.

Tapi boleh dikatakan pengalaman menggunakan hphone pada diri aku agak lambat. Sebab time kekawan dok giler2 ngan hphone, penempatan yg aku duduk time tu takde langsung kemudahan nie semua. Jgn kata Bar Line yg ader kat tipon tu… pencawang pun takde hehe…

Citer nie masa aku sambung belajar di Jitra, Tmn Siswa UUM, aku terpaksa cekau satu. Malas dah rasanya asyik dok kumpul duit siling lepas tu beratur 30-40 minit kat public phone tepi jalan disebabkan nak tipon dalam 5-6 minit je terpaksa tunggu ‘beruk’ bergayut tipon kekasih hati… dah macam tipon sendiri je dia org buat. Dah tu sesambil baring atas motor lak tu tipon.. yg aku dok tunggu nie mamat tu boleh buat ‘dek’ je.

Maka al-kisahnya, aku sambar satu, jenis Nokia 8210 macam yang kau org tengok kaler biru di sebelah nie. Semasa aku pakai tipon nie, ader le sekali pengalaman ngeri aku ngan tipon nie. Citernyer bila aku sampai umah balik dari Selangor, sedar2 tipon takde. Cuba buat miss call guna tipon umah… tetiba tipon bunyi. Uiskk… tipon aku berbunyi….?!!

Ye le… apasal lak berbunyi, pencawang takde, Bar Line lagi le takde tetiba tipon aku leh ber’tut’-'tut’ pulak. Sah dah tipon aku terjatuh di mana-mana. Seingat aku, aku ader berenti pekena Mee Rebus Ramlee di Tasik, Ipoh pertengahan jalan tadi. Huh..!! Terus bergegas aku suruh isteri siap-siap berkemas semula ikut aku carikan tipon tu. Mak aih… jauh tu. Lokasi umah aku ke Restoren Mee Rebus tu ader le dekat-dekat 48 km.

Alhamdullilah… sesampai je depan kedai tadi, terus terpandang objek kotak kecil empat segi di ruang parking kete. Pegh…. sah tipon aku. Lega… penat berpatah balik ke kedai tu hilang terus tiba-tiba. Maklumlah… perjalanan jauh hari tu. Mujur masih boleh nampak samar-samar tipon tu elok je kat atas tanah walaupun masa tu dah hampir masuk jam 10 malam.

Nak tahu apasal aku rasa lega sesangat jumpa tipon tu..?!! Sebenarnya, kejadian nie berlaku… aku baru je 2 minggu cekau tipon tu dgn harga RM720. Baru nak merasa pakai tipon bimbit beb… hehe…!

Selepas je kejadian tu, aku mula berhati-hati letak tipon waktu naik kete. Lokasi tipon aku jatuh malam tu adalah di sebelah pintu kereta penumpang depan (tempat isteri aku duduk). Mungkin terjatuh masa nak keluar pegi makan le tu. Sib baik takde kete yg langgar…. maklum le.. terjatuh kat tempat parking kete lak tu…. dan lebih bernasib baik takde yg perasan masa aku buat miss call dari umah tadi…. :D


Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan