Selasa, 16 Disember 2008

Google Adsense: Keuntungan Di Luar Batasan

SalamX…!

Aku percaya ramai antara pembaca yang mengetahui apakah Google Adsense. Bagi mereka yang kurang pasti, Google Adsense adalah ad serving program yang dikendalikan oleh Google. Konsepnya sungguh mudah, anda letakkan Adsense di laman web anda dan apabila seseorang klik pada iklan tersebut, anda akan dibayar dengan jumlah tertentu (keuntungan berbeza-beza di mana hanya Google sahaja yang mengetahui berapakah nilai iklan tersebut).

Terdapat beberapa jenis ads oleh Adsense seperti Text Ads, Image Ads, Video Ads, Link Units, Themed Units di mana Text Ads adalah yang paling popular kerana dikatakan memberi pulang yang lebih tinggi berbanding Ads yang lain. Iklan yang dipaparkan di laman web anda adalah bersifat relevancy di mana sistem Google akan cuba memadankan (matching) antara kandungan (content) laman web anda dengan jenis iklan terdapat di Adsense.

Namun begitu, relevancy hanya berfungsi sekiranya laman web anda adalah berbahasa Inggeris. Sekiranya blog anda menggunakan bahasa lain seperti contoh bahasa Malaysia, kemungkinan besar iklannya adalah random.

Selain itu, anda juga perlu tahu mengenai Click Thru Rate (CTR) di mana jika tinggi CTR anda bermaksud kemungkinan anda akan dibayar lebih tinggi berbanding publisher yang lain. Namun begitu, anda tidak boleh mengklik Adsense yang terdapat di laman web anda kerana ia adalah syarat-syarat yang ditetapkan oleh Google. Akaun anda akan dihentikan jika anda tidak mematuhi segala peraturan Google dan kemungkinan besar tidak lagi dapat menyertai program Adsense selama-lamanya.

Bagi mendapatkan CTR yang tinggi, lokasi Ads anda perlulah berada di tempat yang betul. Konsep yang biasa digunakan adalah above the fold iaitu lokasi yang mudah dilihat oleh pengunjung tanpa perlu scroll down di laman web anda. Pemilihan jenis ads juga adalah sangat penting bagi memastikan keuntungan anda dapat dimaksimakan.

Sebelum aku lupa, Google Adsense adalah PERCUMA kepada sesiapa sahaja dengan syarat anda memiliki laman web sendiri tidak kira samada ianya Blogspot, Wordpress, Domain sendiri dan sebagainya.

Selamat pijak duit…!! :-D

Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan