Ahad, 6 Julai 2008

Aku Hanya ‘Pengguna’ Blogspot

SalamX..!!

Sebelum nie, aku merupakan salah seorang pengguna blogspot macam kau orang semua. Tapi… kali nie nampaknya aku kena ubah status pengguna kepada status pengkaji fungsi-fungsi istimewa yang terdapat pada kemudakan CMS free tersebut. Kenapa yek?!!

Inilah dia penulis lirik terkenal Mohd Azam B Sulung atau lebih dikenali dengan panggilan Azam Dungun. Hari ini beliau telah mengubah cipta rasa aku dari seorang pengguna kepada seorang pengkaji Blogspot. Beliau kini merupakan “Sifoo” aku dalam mengkaji peranan yang dimainkan oleh sesebuah laman web dalam memperkenalkan muzik tradisional kita.

Nampak gayanya secara tak langsung, aku dah ader satu tugas best…. tugas yang bebetul aku minat iaitu kaji mengkaji hehe…!! Walaupun aku dah penah bina template web dengan kemudahan CMS yang disediakan oleh Blogspot…. kali nie aku nak cuba teliti bebetul bagaimana ilmu muzik itu dapat dipersembahkan secara maksima melalui Blogspot. Maklumlah… muzik… mana boleh kita citer-citer gitu je, mesti nak masukkan memacam method persembahan supaya penyampaiannya lebih.. sesuai ye tak?


Ok… tunggu apa lagi…. jom kita sesama selongkar rahsia Blogspot.com. :-)
Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan