Khamis, 10 April 2008

Ye ke aku SIBUK ?!!

SalamX..!!


Kebelakangan nie, ini le soalan yang muncul bila saje aku on YM. Mesti je soalan yang lebih kurang camtu. Dan aku jawab ringkas je “Sibuk sikit”, “Baru ader masa….” dan kalau dah malas layan soalan camtu, aku taip “Hehee..” je, agar dia orang puas hati dengan jawapan aku.

Tapi… ye ke aku nie bebetul sibuk atau aku saje buat² sibuk ?!! Jadi bawah nie aku nak kau orang fikir lah sendiri aku sibuk ke idak… berdasarkan rutin harian aku semenjak kebelakangan nie.. :)

Jom kita mulakan dari sebelum subuh……

Jam 5.45 a.m:
Aku bangun tido, terus seterika baju sekolah anak aku 2 orang, sorang tu tadika. Lepas tu aku mandi, solat dan baru kejutkan anak aku mandi dan siapkan peralatan sekolah dia orang.

Jam 7.05 a.m:
Aku hantar anak aku ke sekolah, yang tadika aku hantar umah pengasuh dengan anak aku yang 2 tahun tu. Balik je dari hantar bebudak tu, aku singgah beli nasi lemak ngan kuih sikit untuk sarapan.

Jam 8.00 a.m:
Sesambil aku dengar Radio Era, aku kemas tempat tido anak² aku termasuk aku le tu hehe… Kalau sampah dah penuh kat tong sampah dapur, aku bungkus dan buang ke tong sampah utama (depan umah). Lepas tu sarapan.

Jam 8.30 a.m:
Kalau tak letih, aku terus ngadap keje kursus aku dan layan internet jap.

Jam 9.45 a.m:
Kalau aku tido tadi, sekarang nie baru aku ngadap PC, usyar² portal Mypendidik. Kalau ader artikel menarik dan senang nak edit, terus je aku ‘approve‘. Samer la jugak dengan module² lain kalau ader yang nak kena ‘submit‘. Lepas tu baru aku ngadap keje wajib aku… ngan buat keje kursus yang ader.

Jam 10.45 a.m:
Aku siap² nak pegi keje. Time keje aku 2 alam, 2 hari dalam seminggu masuk jam 11.30 a.m. Kalau masuk awal aku akan balik jam 5.40 p.m kalau biasa aku akan balik jam 6.45 p.m. Macamanapun, gerenti sampai umah dekat senja punya lah hehe..!!

Jam 11.45 a.m:
Masuk keje. Isnin aku ader rehat 1.30 jam tapi Selasa sampai Khamis, rehat aku ngalahkan bebudak sekolah sebab masa free aku dalam 15 minit je… isk… giler nyer keje. Malas cakap la, sebab Jumaat aku keje kejap je, 3.15 p.m. aku dah drive ke U (sambung belajar), Sabtu senja baru balik.

Jam 2.30 p.m:
Aku keluar sekolah jap ambik anak balik sekolah. Sesambil tu aku singgah beli lauk pauk jap untuk dia orang nak makan tengahari kat umah nanti. Pukul 3.00 p.m. aku sampai semula kat sekolah dan masuk kelas sampai waktu akhir.

Jam 7.05 p.m:
Sampai umah, mandikan anak² aku dan siapkan dia orang… dah tu aku pulak, lepas solat Magrib sementara nak tunggu Isyak, aku panaskan lauk pauk untuk dia orang makan malam. Selalunya makan dalam pukul 8.40 p.m. Lepas tu ngadap pinggan… basuh le apa lagik….

Jam 9.10 p.m:
Aku kena layan tv walaupun aku nie jenis tak minat tengok tv sebab nak teman anak aku yang kecik setahun setengah tu tido. Kalau takde aku dia tak tido tapi ader akupun selalunya dekat jam 10 malam baru dia nak tido. Aduh.. nie yang parah sebab masa aku banyak tertuang terluang kat sini… tepuk-tepuk dia kasi tido.

Jam 10.30 p.m:
Fuhhsss…. nie le time aku nak curik-curik ngadap PC. Kalau aku ader keje penting, aku siapkan dulu. Benda nie tak jamin le kekadang sampai pukul 1-2 pagi baru siap, kekadang tu cecah gak sampai kul 4 pagi. Sebab dalam aku buat keje niepun kekadang anak aku tu nangis masa tido, terkejar-kejar lak aku tepuk-tepuk kasi dia tido semula. Kekadang tu aku buatkan susu kasi dia minum… biasa le bebudak.

Jam 1.30 a.m:
Kalau dah letih sangat, selalunya time nie le aku lelap. Tapi lelap-lelap ayam, mana tidaknya… kejap-kejap nangis, kejap-kejap kena kaki akak dia je nangis, kena tangan akak dia je terus nangis, jadi aku le jadi tukang ubah, anjak bebudak tu susun elok² masa dia orang tido… tido nyenyak sungguh anak² aku. Kekadang selang setengah jam aku ubah dia orang tido… time bebetul aku tido selalunya area jam 4.50 pagi… masa nie bebetul aku tido… mungkin kategeri pensan rasanya sebab letih sangat.

Jam 5.45 a.m:
Aku sedar je dari tido tengok jam dah nak mula balik macam semalam. Inilah rutin harian aku semenjak aku dikurniakan cahaya mata ke-4 pada 23 Mac lepas. Apa halpun, aku bersyukur kerana aku masih sihat hingga ke hari ini. Jadi, jangan la kau orang marah kat aku yek kalau aku tak berapa layan mesej YM dan kehendak kau orang kat diari aku nie.. :) .

p/s Tambah seksa keadaan aku nie sebab PC aku lak takde, pinjam notebook sekolah isteri aku je sebelum nie sebab notebook aku baru je selamat diwarranty sabtu lepas. Dekat 3 bulan gak aku takde PC sendiri. Hinggakan nick LePaK kat server Webnetpun ader yang dah belasah buat hak diri sendiri. Maklum le, aku tak on server lebih dari 2 bulan… nasib… nasib….. Kira sekarang nie aku guna nick B|sa je kat sana sesambil download Mp3 hampeh je…. :-?


Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan