SalamX..!!
Ramadhan zaman dulu-dulu tak sama dengan Ramadhan hari ini. Dahulu, apabila masuk bulan puasa, agak kurang meriahnya berbanding hari ini. Iyalah, zaman dahulu mana ada bazaar Ramadhan, mana ada jualan mega raya dan mana ada iklan di tv dan radio serta akhbar yang gila-gila seperti hari ini. Zaman dulu, orang sambut kedatangan Ramadhan dengan satu ingatan sahaja, nak berpuasa di siangnya dan bertarawih pada malamnya.
Kadang kala, rasanya sambutan Ramadhan hari ini dari satu segi jauh lebih baik berbanding zaman dulu. Dulu, masuk sahaja bulan puasa, aku tak rasa sangat aura Ramadhan. Tiada banner ucapan digantung bagi mengucapkan ihya Ramadhan dan sebagainya. Majlis iftar di masjid pun kurang. Iktikaf 10 malam terakhir pun tak pernah dibuat orang. Pendeknya, ia berbeza dengan sekarang.