Selasa, 10 Ogos 2010 0 celoteh

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1431H

SalamX..!!

Salam Ramadhan Al-Mubarak
Salam Ramadhan Al-Mubarak

Berpuasa lagi kita… kejap je masa berlalukan..?! Ronda² pasar ramadhan puasa yg lepas masih lagi terasa hehe..!!

Apa²pun aku ucapkan Selamat Menyambut Bulan Mulia Ramadhan Al-Mubarak….  :-D
Rabu, 4 Ogos 2010 0 celoteh

Aku & Hphone (Eps-3)

SalamX..!!

Sony Ericsson W580i

Ketika aku menggunakan Samsung s40i-00 sebagai alat komunikasi utama aku, Nokia 8210 dah jadi lunyai. Naik hancur dibuat mainan oleh anak² aku. Payah nak larang, pandai je dia org bukak beg tangan ummi dia ambik sendiri. Bila nak carik balik mula le buat² miss call. Silap hari bulan boleh dengar bunyi hphone dalam tudung saji hehe…!!

Nak taknak, kena gak sambar satu yang baru untuk si ummi. Maka al-kisahnya, akupun beli le jenis Sony Ericsson W580i. Cadang nak cekau warna merah, tapi nampak cam ader kerosakan sikit kat cover dia, maka tersambar lah kaler putih seperti kau org leh nengok kat sebelah nie.

Mak aih…!! Jenis Walkman rupanya hphone kali nie. Sound dia cukup mantap, best je bunyi kalau pasang Mp3 dalam tu…. Clear Sound.

Bab function aku respect habis… mudah, jitu, mantap, laju je nak ke mana² folder, cuma nak susun fail Mp3 ikut album je aku masih tercari² cara dia. Pening sampai sekarang.

Tapi macam biasa le…. bila aku call je selalu miss call manjang…. Bila tanya je… apasal tak angkat kita call tadi….. tak perasan katanya. Huh…!! Secanggih manapun alat komunikasi yang kita ada, tapi tak reti nak angkat call… tetap nyusahkan jugak orang lain. Huhu…!! :-D
Selasa, 3 Ogos 2010 0 celoteh

Rezeki: Sisakah hasil keringat…..

SalamX..!!

Kini aku terasa perjalanan aku dalam kerjaya cukup jauh. Jika dulu aku jejak tanpa sebab, kini semuanya telah berubah. Berubah bila terlalu di pandang sepi, tanpa apa² peranan walaupun hampir seluruh keringat telah aku curahkan.

Pernah suatu ketika aku ditawarkan ’sesuatu’, tapi bila tiba waktunya… luahan kemaafan dipinta kerana itu bukan rezeki aku. Masih ada yang terdahulu perlu miliki. Aku terdiam sejenak. Hanya termampu aku ucapkan… ‘tak mengapa, anda telah banyak membantu…..’.

Suatu ketika yg cukup malang, apabila aku hampir dianugerahkan setelah berjaya mengharumi kerjaya aku selama 3 tahun berturut² berkaitan satu projek yg telah aku usahakan. Tapi…. ternyata bukan juga rezeki aku, apabila habuannya diterima oleh insan yang mengantikan peranan aku setelah aku mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian pada tahun penganugerahan. Cukup teraniaya.

Isnin, 2 Ogos 2010 0 celoteh

Bila Gitar Di Genggaman

SalamX..!!

 

Huhu… berangan tak habis²…! :-D