Rabu, 18 Februari 2009 0 celoteh

Nilai Tudung Wanita

SalamX..!!

Di sini aku ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.

Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.

Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Rabu, 11 Februari 2009 0 celoteh

Hamster

SalamX..!!

Semalam sesaje bawa anak reronda petang naik kapcai buruk aku tiba-tiba terdengar anak aku si Mimie tu sebut “Kedai Haiwan”. Haiwan?!! Tertarik pulak aku dengar dia sebut haiwan hehe.. selalu kita sebut kedai binatang ahekekek..!! Akibat dari sebutan haiwan tu aku ambil keputusan untuk usyar jap apa yg tokey kedai tu jual.

Peh.. ader burung, tupai, kura-kura, sangkar.. ops…? nie bukan haiwan hehe..!! Tak sempat perati semua terus anak aku bersuara “Ayah ader Hamster..!!”. Emm… terbang RM88 beli 2 ekor Hamster, makanan dgn sangkar dia sekali.

Bayang le… dah le naik kapcai 4 beranak, terpaksa angkut segala yg aku beli tu pulak hehe..!!

Ok, kali nie aku nak berkongsi ilmu sikit sebelum memutuskan untuk memelihara hamster. Ada baiknya kita mempertimbangkan beberapa hal. Kita harus mengkaji selok-belok hamster secara mendalam. Jangan sampai gara-gara miskin informasi, kita menyesal membeli satwa lucu nie.

Sabtu, 7 Februari 2009 0 celoteh

Makin Tinggal Makin Menjadi

SalamX..!!

Pelik aku tengok earning adsense aku nie, makin ditinggal makin menjadi la pulak… isk !!

Dugaan sungguh rasa. Kalau diikut-ikutkan, dekat 2 minggu aku tak berapa fikir sangat dah pasal adsense nie. Tapi bila lihat balik, ader je mende yang semacam menduga jiwa tenang aku nie hehe…

Kalau kau org nak tahu, dulu aku penah target seminggu $USD40, alhamdullilah dah tercapai kat thread “Matlamat Cecah $USD40/7 Tercapai“. Dalam dediam tetiba muncul satu lagi rekod pada 3 hb lepas cecah ke $USD85/7.

Huh…. buat jiwa kacau sungguh benda nie hehe…!! Camner nak siap tesis aku nie… isk..!!

p/s Walau bgmanapun… aku tetap menanti hingga bulan Julai nanti. Amin..!! :-D
Isnin, 2 Februari 2009 0 celoteh

The World`s Greatest Business Mind

SalamX..!!


Entah… camner leh terglamer lak aku pasal nie… mungkin pasal SEO Adsense kot.. :-)