Selasa, 3 Ogos 2010

Rezeki: Sisakah hasil keringat…..

SalamX..!!

Kini aku terasa perjalanan aku dalam kerjaya cukup jauh. Jika dulu aku jejak tanpa sebab, kini semuanya telah berubah. Berubah bila terlalu di pandang sepi, tanpa apa² peranan walaupun hampir seluruh keringat telah aku curahkan.

Pernah suatu ketika aku ditawarkan ’sesuatu’, tapi bila tiba waktunya… luahan kemaafan dipinta kerana itu bukan rezeki aku. Masih ada yang terdahulu perlu miliki. Aku terdiam sejenak. Hanya termampu aku ucapkan… ‘tak mengapa, anda telah banyak membantu…..’.

Suatu ketika yg cukup malang, apabila aku hampir dianugerahkan setelah berjaya mengharumi kerjaya aku selama 3 tahun berturut² berkaitan satu projek yg telah aku usahakan. Tapi…. ternyata bukan juga rezeki aku, apabila habuannya diterima oleh insan yang mengantikan peranan aku setelah aku mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian pada tahun penganugerahan. Cukup teraniaya.

Kisah berulang lagi. Terasa diri cukup diperdaya. Anugerah projek khas dari hasil keringat dianugerahkan kepada orang yang ternama. Aku hanya insan kerdil, pasrah seketika. Tapi aku diredakan dengan kemaafan atas kesilapan. Masih hanya berbalas kemaafan. Termenung nasib diri… apakah salah aku selama ini.

TAPI….. Tidak aku duga, malang kembali lagi. Ibarat pisang buah bermusim. Jauh di benak hati cukup terkilan. Terkilan yang memarahi diri sendiri. Mengapa aku harus teruskan… mengapa harus aku teruskan lagi semua ini…. jika ini penamatnya. Aku merenung cukup jauh kali ini. Resah, gelisah, penat, sukar aku cuba harung demi kejayaan tapi…. semuanya bagaikan sisa.

Anugerah tetap ditatang oleh insan lain dan aku masih seperti dulu…. masih tiada apa², kali ini bagaikan diri aku dibuang jauh kerana niat aku yang hanya ingin merasai dianugerahi bersama dan sekadar ingin menyentuh sebuah pengiktirafan, tidak diendahkan….

Aku tahu, yg pastinya, semua nie ditakdirkan bukan rezeki aku, walaupun ia nyaris menghampiri tapi dah tertulis begitu, kita tetap tidak akan mampu milikinya. Tapi, salahkah aku yang hanya untuk melihat sebuah pengiktirafan tanpa memilikinya…. juga tidak dipedulikan?

Afstafirullah…..


Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan